TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN YAMAHA MOTORCYCLE CONNECT (“APLIKASI”)

Terma-terma dan Syarat-Syarat Penggunaan Aplikasi Yamaha Motorcycle Connect ini (“Terma dan Syarat”) memperincikan tentang terma-terma dan syarat-syarat penggunaan “Aplikasi Yamaha Motorcycle Connect” (“Applikasi”) telefon pintar yang disediakan melalui Yamaha Motor Co., Ltd. (“Yamaha” atau “kami”).

Artikel 1

Kebolehlaksanaan Terma dan Syarat

  1. Terma dan Syarat ini akan terpakai kepada hubungan antara Yamaha dengan mana-mana pengguna individu (“Pengguna” atau “anda”) yang menggunakan Aplikasi ini.
  2. Yamaha boleh menyediakan terma-terma penggunaan dan/atau perlindungan bagi penggunaan Aplikasi ini secara berasingan selain daripada Terma dan Syarat yang terdapat dalam laman web Yamaha.
Artikel 2

Definisi

Istilah-istilah yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini akan membawa maksud seperti berikut.

  1. “Yamaha Motor ID” merujuk kepada ID daftar masuk yang dikeluarkan oleh Yamaha bagi penggunaan Aplikasi ini dan lain-lain aplikasi dari atau untuk Yamaha.
  2. “Kenderaan” merujuk kepada motorsikal yang dilengkapi dengan CCU (seterusnya ditafsirkan) yang dimiliki, dipunyai atau diuruskan oleh Pengguna.
  3. “Peranti” merujuk kepada sebarang bentuk peranti mudah alih yang mana modelnya boleh direka secara berasingan daripada Yamaha, yang dimiliki, dipunyai atau diuruskan oleh Pengguna.
  4. “CCU” merujuk kepada unit kawalan komunikasi yang akan dipasang pada Kenderaan bagi membolehkan penggunaan Aplikasi.
  5. “Penggabungan” merujuk kepada proses kesepaduan antara CCU Kenderaan dengan Aplikasi yang telah dimuat turun ke Peranti anda.
Artikel 3

Persetujuan kepada Terma dan Syarat

  1. Pengguna akan dianggap bersetuju kepada Terma dan Syarat ini apabila menekan pada butang “Setuju” setelah memuat turun Aplikasi ini ke Peranti anda.
  2. Jika seseorang Pengguna adalah di bawah umur, anda diminta untuk telah memperoleh kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga yang sah sebelum menggunakan Aplikasi ini.
  3. Jika seseorang yang berada di bawah umur, sebagai Pengguna, secara palsu telah bersetuju tanpa mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaganya atau secara tidak benar telah memaklumkan umurnya dan membuatkan Yamaha mempercayai bahawa beliau adalah bukan di bawah umur, Pengguna tersebut tidak akan boleh membatalkan sebarang bentuk tindakan yang berkaitan dengan Aplikasi.
  4. Jika seseorang Pengguna telah mencapai umur matang dan menggunakan Aplikasi yang beliau telah bersetuju untuk gunakan semasa masih di bawah umur, Pengguna tersebut dianggap telah mengakui semua tindakan undang-undang berkaitan Aplikasi.
Artikel 4

Pendaftaran ID Yamaha Motor

  1. Bagi membolehkan Pengguna memperoleh akses kepada Aplikasi, Pengguna perlu mendaftar dan memperoleh ID Yamaha Motor sebelum menggunakan Aplikasi bagi tujuan log masuk ke dalam Aplikasi sebagaimana yang diterangkan dalam bahagian yang berikut.
  2. Pengguna akan mengemukakan permohonan pendaftaran untuk mendapatkan Yamaha Motor ID dengan memasukkan alamat e-mail Pengguna, nama panggilan, tarikh lahir dan lain-lain maklumat yang kami nyatakan di dalam borang pendaftaran (“Maklumat Pendaftaran”) berdasarkan langkah-langkah yang dinyatakan di sini.Yamaha akan mengeluarkan Yamaha Motor ID kepada Pengguna setelah menerima resit permohonan pendaftaran, melainkan jika terdapat apa-apa sebab seperti yang dinyatakan pada seksyen 4 dalam Artikel ini.
  3. Pengguna perlu memasukkan maklumat yang benar dan tepat pada ketika membuat permohonan pendaftaran, dan maklumat tersebut boleh dikemaskini oleh pengguna mengikut kesesuaian supaya maklumat tersebut kekal baharu selepas pendaftaran.
  4. Dalam mana-mana keadaan yang berikut, Yamaha mungkin tidak akan meluluskan permohonan pendaftaran Pengguna.
    1. Sekiranya terdapat maklumat yang palsu, tidak tepat, tidak benar atau tidak lengkap dalam boring permohonan;
    2. Sekiranya pengguna ialah ahli kumpulan anti-social atau memiliki hubungan dengan kumpulan anti-sosial;
    3. Sekiranya Pengguna tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat;
    4. Sekiranya terdapat pelanggaran Terma dan Syarat; atau
    5. Sekiranya Yamaha mempertimbangkan bahawa Pengguna adalah tidak sesuai dengan i – iv untuk dikira sebagai pengguna Aplikasi.
Artikel 5

Perubahan pada Maklumat Pendaftaran Yamaha Motor ID

  1. Dalam keadaan di mana terdapat perubahan pada maklumat yang telah didaftarkan, Pengguna hendaklah segera mengemaskini maklumat pendaftaran tersebut berdasarkan langkah-langkah yang telah kami tetapkan.
  2. Yamaha menganggap tiada tanggungan bagi sebarang bentuk kerugian atau sebarang bentuk kerosakan yang boleh terjadi disebabkan oleh kegagalan mengemaskini maklumat yang betul seperti yang telah dinyatakan pada seksyen 1 dalam Artikel ini setakat mana dibenarkan di bawah undang – undang berkaitan.
Artikel 6

Tanggungjawab Pengguna untuk menguruskan ID Yamaha Motor tersendiri

  1. Pengguna hendaklah menggunakan dan menguruskan ID Yamaha Motor atas risiko sendiri, dan Yamaha tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang ditanggung oleh Pengguna disebabkan oleh salah guna atau kehilangan Yamaha Motor ID atau kata laluan oleh pengguna atau penggunaan Yamaha Motor ID dan kata laluan yang tidak dibenarkan oleh pihak ketiga setakat mana dibenarkan di bawah undang – undang berkaitan.
  2. Pengguna tidak boleh mendedahkan ID Yamaha Motor kepada mana – mana pihak ketiga, menyerahkan, menjual, meminjamkan atau membenarkan mana – mana pihak ketiga menggunakan ID Yamaha Motor beliau.
Artikel 7

Kandungan Aplikasi ini

  1. Aplikasi ini hanya boleh digunapakai oleh Pengguna yang telah berdaftar dan memperoleh Yamaha Motor ID.
  2. Pengguna boleh menggunakan Aplikasi pada Peranti Pengguna dengan memasangkan CCU Kenderaan dengan Aplikasi yang telah dimuat turun ke dalam Peranti. Pengguna mengakui bahawa Aplikasi yang telah dimuat turun ke Peranti tidak boleh dipasangkan dengan lebih dari satu Kenderaan dan apabila Penggabungan dengan Kenderaan selain daripada Kenderaan yang telah dipasangkan dengan Aplikasi ini, penggabungan semula ada diperlukan.
  3. Catatan tentang penggunaan Aplikasi boleh didapati dalam ruangan FAQ Aplikasi. FAQ dan/atau maklumat tambahan tentang Aplikasi juga boleh didapati di laman web Yamaha. Pengguna diminta untuk merujuk kepada kandungan di dalam ruangan FAQ jika Pengguna mempunyai pertanyaan berkaitan penggunaan Aplikasi.
  4. Pengguna mengakui dan bersetuju bahawa disebabkan oleh ciri – ciri Aplikasi ini, kemungkinan terdapat beberapa perbezaan dan ketidakseragaman antara paparan pada Kenderaan dan paparan pada Aplikasi di Peranti. Untuk kepastian, sekiranya terdapat sebarang perbezaan atau ketidakseragaman paparan pada Kenderaan dan paparan pada Apikasi di Peranti, paparan pada Kenderaan akan diutamakan berbanding paparan pada Aplikasi.
  5. Penggunaan Aplikasi pada Peranti adalah percuma tanpa sebarang caj ke atas Pengguna, bagaimanapun, kos untuk rangkaian adalah ditanggung oleh Pengguna.
Artikel 8

Peranti

  1. Aplikasi ini boleh digunakan pada beberapa jenis Peranti yang sepadan dengan Aplikasi ini. Senarai peranti yang sepadan dinyatakan secara berasingan oleh Yamaha, seperti yang terdapat dalam laman web kami. Pengguna mengakui dan bersetuju bahawa sesetengah atau semua fungsi Aplikasi berkemungkinan tidak tersedia bergantung kepada model Peranti Pengguna atau versi perisian operasi, seperti Android OS atau iOS.
  2. Pengguna hendaklah bertanggungjawab menyediakan Peranti (termasuk perisian operasi) dan talian rangkaian sendiri, dan lain – lain yang diperlukan untuk menggunakan Aplikasi ini.
  3. Pengguna hendaklah menggunakan Aplikasi ini atas risiko dan tanggungjawab sendiri bagi menguruskan Peranti yang mengandungi Aplikasi yang telah dimuat turun dan Yamaha tidak akan menanggung sebarang kerosakan yang diakibatkan oleh kecurian Peranti, salahguna Peranti, penggunaan pihak ketiga, atau akses yang tidak sah, dan lain - lain setakat mana dibenarkan di bawah undang – undang berkaitan.
  4. Aplikasi ini memerlukan kebenaran untuk mengakses fungsi tertentu, contohnya, kamera, maklumat lokasi terkini, kenalan, pemberitahuan panggilan masuk, dan lain – lain pada Peranti. Apabila menggunakan fungsi – fungsi ini, Yamaha tidak akan menanggung sebarang kerosakan disebabkan oleh tiada kebenaran kepada fungsi – fungsi yang dinyatakan di atas setakat mana dibenarkan di bawah undang – undang berkaitan.
Artikel 9

Had Penggunaan

  1. Pengguna adalah dilarang untuk menyalin, mengubah suai, memindah, menerbit, mengedar, menyerah, meminjamkan, menterjemah atau melesenkan semula Aplikasi, dan isi kandungannya atau sebarang maklumat yang tersedia di dalam Aplikasi.
  2. Pengguna adalah dilarang menggunakan Aplikasi secara tidak sah atau bagi tujuan komersil.
Artikel 10

Bahan Larangan

Pengguna adalah dilarang untuk membuat sebarang tindakan berikut ketika menggunakan Aplikasi ini.

  1. Menggunakan Aplikasi dengan memakai ID Yamaha Motor pengguna yang lain;
  2. Melanggar sebarang hak harta intelek Yamaha atau mana – mana pihak ketiga;
  3. Melanggar atau mengugut untuk melanggar sebarang hakmilik, hak, dan privasi Yamaha atau mana – mana pihak ketiga;
  4. Melakukan fitnah ke atas Yamaha atau mana – mana pihak ketiga;
  5. Mengubah suai perisian computer Aplikasi;
  6. Melanggar peraturan rangkaian telekomunikasi tempatan dan luar yang terpakai kepada Pengguna dan/atau Aplikasi ketika berkomunikasi melalui rangkaian komunikasi tempatan dan luar;
  7. Menyebabkan gangguan kepada pelaksanaan Aplikasi;
  8. Melanggar undang-undang berkait, kawalan – kawalan, ordinan – ordinan, atau polisi umum atau polisi moral;
  9. Melanggar kandungan Terma dan Syarat ini; atau
  10. Membuat sebarang tindakan yang kami pertimbangkan sebagai tidak bersesuaian untuk Pengguna Aplikasi seperti mana 1 – 9 di atas.
Artikel 11

Larangan Pemindahan Hak

  1. Pengguna adalah tidak dibenarkan untuk memindahkan hak bagi menggunakan Aplikasi ini kepada mana – mana pihak ketiga.
  2. Yamaha mungkin boleh memindahkan semua atau sebahagian Aplikasi kepada pihak ketiga atas budi bicara kami, meliputi semua hak dan kewajipan Pengguna Aplikasi, termasuk akaun Pengguna, boleh dipindahkan kepada penerima pindahan mengikut syarat-syarat pemindahan tersebut setakat mana dibenarkan di bawah undang – undang berkaitan.
Artikel 12

Pembatalan Langganan

  1. Apabila Pengguna ingin berhenti melanggan Aplikasi ini, Pengguna hendaklah memaklumkan Yamaha melalui borang pertanyaan Aplikasi ini. Pembatalan langgangan Aplikasi ini akan berkuat kuasa semasa penyerahan borang pertanyaan tersebut melalui Aplikasi ini.
  2. Disebabkan oleh permohonan untuk memadamkan maklumat Pengguna pada Aplikasi, Pengguna dengan ini bersetuju bahawa Pengguna tidak lagi boleh menggunakan Aplikasi atau sebarang aplikasi mudah alih lain yang disediakan oleh Yamaha menggunakan Yamaha Motor ID.
Artikel 13

Penamatan Penggunaan Aplikasi

Dalam keadaan di mana Yamaha memperakui perkara yang berikut, Yamaha boleh menggantung atau menamatkan penggunaan Aplikasi oleh Pengguna tanpa memaklumkan Pengguna terlebih dahulu, dan Yamaha Motor ID boleh juga dinyahdaftarkan. Yamaha menganggap tiada tanggungan ke atas sebarang kerosakan yang dikenakan ke atas Pengguna setakat mana dibenarkan di bawah undang – undang berkaitan.

  1. Sekiranya anda membatalkan langgangan aplikasi My Yamaha Motor dan anda juga membatalkan keahlian Yamaha Motor ID.
  2. Sekirana Yamaha menggantung atau menamatkan penggunaan aplikasi My Yamaha Motor milik Pengguna dan memadamkan ID Yamaha Motor milik Pengguna.
  3. Sekiranya terdapat maklumat yang palsu, tidak tepat, tidak benar, atau tidak lengkap pada maklumat yang telah didaftarkan pada Aplikasi atau pada Yamaha Motor ID.
  4. Sekiranya maklumat Pengguna yang diperlukan bagi penggunaan Aplikasi, termasuk maklumat yang telah didaftarkan, telah dipadam atas permintaan Pengguna.
  5. Sekiranya pengguna tidak wujud;
  6. Sekiranya Pengguna tidak menggunakan Aplikasi untuk jangka masa melebihi tiga tahun dari tarikh terakhir Pengguna menggunakan Aplikasi;
  7. Sekiranya Pengguna terlibat dengan sebarang kumpulan anti – sosial atau mempunyai hubungan dengan sebarang kumpulan anti – sosial;
  8. Sekiranya Pengguna tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat ini;
  9. Sekiranya Pengguna melanggar sebarang Terma dan Syarat ini; atau
  10. Sekiranya Yamaha memuktamadkan bahawa Pengguna adalah tidak bersesuaian sebagai pengguna Aplikasi seperti mana 1 – 9 di atas.
Artikel 14

Akibat Pembatalan dan Penamatan

Yamaha akan memadam maklumat peribadi Pengguna yang diperoleh menerusi Aplikasi ini apabila Pengguna membatalkan penggunaan Aplikasi atau Yamaha akan menamatkan penggunaan Aplikasi oleh Pengguna. Walau bagaimanapun, maklumat yang diberi oleh Pengguna selain daripada maklumat peribadi (termasuk maklumat tanpa nama yang diproses) berkemungkinan terus disimpan dan mungkin digunakan sebagai data statistik.

Artikel 15

Penghapusan Maklumat

  1. Yamaha boleh memadam maklumat dan lain – lain kandungan yang telah didaftarkan oleh Pengguna, termasuk tetapi tidak terhad kepada sejarah penggunaan, tanpa memaklumkan Pengguna. Yamaha tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan kepada Pengguna disebabkan oleh penghapusan maklumat setakat mana dibenarkan di bawah undang – undang berkaitan.
  2. Pengguna mengakui dan bersetuju bahawa Yamaha boleh mendedahkan maklumat pengguna apabila diminta oleh mana – mana pertubuhan kerajaan atau untuk dimajukan kepada sebarang tindakan undang – undang atau peraturan.
Artikel 16

Pengubahsuaian atau Penamatan Kandungan Aplikasi

  1. Yamaha boleh mengubahsuai, menambah atau memadam sebarang kandungan dalam Aplikasi ini secara keseluruhan atau sebahagiannya tanpa memaklumkan Pengguna.
  2. Yamaha tidak akan menanggung sebarang bentuk kerosakan yang terjadi kepada pengguna disebabkan oleh apa – apa pengubahsuaian, penambahan atau penghapusan kandungan Aplikasi ini setakat mana dibenarkan di bawah undang – undang berkaitan.
Artikel 17

Gangguan Sementara Aplikasi

Dalam mana – mana keadaan berikut, Yamaha boleh menggantung secara sementara kandungan perkhidmatan Aplikasi tanpa memaklumkan pengguna. Dalam kes tersebut, Yamaha menganggap tiada tanggungan ke atas sebarang bentuk kerosakan yang terjadi kepada Pengguna setakat mana dibenarkan di bawah undang – undang berkaitan.

  1. PenyelenggaraanAplikasi secara berkala atau kecemasan
  2. Ketidakupayaan untuk menyediakan perkhidmatan disebabkan oleh kebakaran, kegagalan bekalan tenaga, sebarang bentuk bencana alam seperti gempa bumi, banjir, tsunami, perang, rusuhan, gangguan, pertikaian buruh, dan sebagainya.
  3. Penggantungan perkhidmatan rangkaian komunikasi, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang bentuk kegagalan atau sebarang bentuk kegagalan disebabkan oleh persekitaran penggunaan Aplikasi oleh Pengguna.
  4. Kes – kes di mana Yamaha menentukan bahawa adalah menjadi keperluan bagi menggantung sementara kandungan perkhidmatan Aplikasi, untuk apa – apa alasan termasuk gangguan operasi dan teknikal.
Artikel 18

Hak Harta Intelek

  1. Sebarang bentuk harta intelek, termasuk tetapi tidak terhad kepada, hak cipta, paten, cap dagangan dan hak reka bentuk teks, imej, gambar, bunyi, video, maklumat dan sebagainya (“Kandungan”) yang tersedia di dalam Aplikasi adalah kepunyaan Yamaha. Pengguna tidak boleh menggunakan mana – mana bahan yang telah dilindungi hak cipta yang diperoleh menerusi Aplikasi ini melangkaui ruang lingkup yang secara nyata dibenarkan dalam Terma dan Syarat ini. Tidak ada yang terkandung di dalam ini ditafsirkan sebagai pemberian kepada Pengguna sebarang bentuk lesen hak harta intelek yang berkaitan dengan Aplikasi yang dimiliki oleh Yamaha.
  2. Hak cipta dan sebarang serta semua hak – hak lain berkenaan dengan komentar kepada Yamaha daripada Pengguna yang berkaitan dengan Aplikasi akan menjadi milik Yamaha. Pengguna yang membuat hantaran komen kepada kami tidak boleh melaksanakan hak sebagai pemegang hak cipta bagi komen – komen tersebut.
Artikel 19

Pindaan terhadap Terma dan Syarat

  1. Pengguna mengakui dan bersetuju bahawa Yamaha boleh membuat semakan dari semasa ke semasa ke atas kandungan Terma dan Syarat ini pada bila – bila masa tanpa persetujuan Pengguna.
  2. Yamaha akan memaklumkan Pengguna tentang semakan ke atas Terma dan Syarat ini sama ada di laman web Yamaha atau sebarang kaedah yang boleh dirujuk oleh Pengguna.
  3. Semakan ke atas Terma dan Syarat berkuat kuasa sejurus selepas Yamaha mengeluarkan notis semakan merujuk kepada perenggan sebelumnya. Dalam kes di mana semakan ke atas Terma dan Syarat boleh memberi kesan yang ketara ke atas Pengguna, Yamaha akan memaklumkan Pengguna tentang semakan itu dalam tempoh masa yang wajar.
  4. Sekiranya Pengguna menggunakan atau log masuk ke dalam Aplikasi setelah semakan ke atas Terma dan Syarat berkuat kuasa, Pengguna dianggap telah bersetuju dengan semakan Terma dan Syarat tersebut.
Artikel 20

Penafian

  1. Yamaha tidak akan menanggung sebarang kerosakan yang berpunca daripada pengubahsuaian, gangguan atau penamatan kandungan Aplikasi ini setakat mana dibenarkan di bawah undang – undang berkaitan.
  2. Yamaha tidak akan menanggung sebarang kerosakan disebabkan oleh penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan Aplikasi ini setakat mana dibenarkan di bawah undang – undang berkaitan.
  3. Yamaha tidak mengambil sebarang tanggung jawab atau walau apa pun terhadap penggunaan Pengguna atau ketidakupayaan menggunakan Aplikasi dalam sebarang bentuk persekitaran setakat mana dibenarkan di bawah undang – undang berkaitan.
  4. Yamaha tidak memberi sebarang jaminan ke atas operasi, kejituan, kebolehgunaan, ketepatan dan kesempurnaan Aplikasi untuk apa – apa sebab tertentu.
  5. Yamaha tidak akan menanggung sebarang kerosakan yang terjadi ke atas pengguna setakat mana dibenarkan di bawah undang – undang berkaitan dalam keadaan di mana;
    1. Walaupun Yamaha telah mempertimbangkan langkah – langkah keselamatan, akses yang tidak dibenarkan dibuat oleh pihak ketiga atau tindakan yang menyalahi undang – undang dan pencerobohan virus computer telah berlaku; atau
    2. Gangguan, kelewatan, atau ketidakupayaan menggunakan Aplikasi atau kehilangan maklumat dalam Aplikasi disebabkan oleh kegagalan rangkaian komunikasi, sistem, pelayan, dan sebagainya.
  6. Yamaha tidak menjamin bahawa Aplikasi ini sepadan dengan semua peranti, dan Pengguna mengakui berkemungkinan terdapat masalah dengan operasi Aplikasi disebabkan oleh naik taraf sistem seperti Android OS atau iOS yang digunakan untuk Aplikasi ini. Yamaha tidak menjamin masalah sebegitu akan diselesaikan dengan penguahsuaian program yang kami jalankan sekiranya berlaku masalah tersebut.
  7. Pengguna hendaklah memperakui terlebih dahulu bahawa penggunaan sebahagian atau keseluruhan Aplikasi ini mungkin menjadi terhad disebabkan oleh perubahan pada Terma dan Syarat dan polisi pengoperasian kedai operasi, seperti App Store, Google Play.
  8. Yamaha tidak akan menanggung sebarang pertikaian yang wujud antara Pengguna dan mana – mana pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad kepada lain – lain pengguna Aplikasi) berkenaan penggunaan Aplikasi ini.
  9. Sekiranya terdapat pihak ketiga yang menuntut kerugian daripada Yamaha disebabkan oleh kecuaian Pengguna, maka Pengguna tersebut hendaklah bertanggung jawab dan menyelesaikannya dengan perbelanjaan Pengguna itu sendiri (termasuk yuran guaman). Sekiranya Yamaha membayar pihak ketiga berkenaan bagi sebarang kerosakan, Pengguna tersebut akan memberi ganti rugi kepada Yamaha dalam segala bentuk bayaran, termasuk yuran guaman dan kehilangan keuntungan, termasuk kerosakan.
  10. Sekiranya pengguna membuatkan Yamaha menanggung sebarang kerosakan berkaitan dengan penggunaan Aplikasi, Pengguna tersebut hendaklah membayar ganti rugi kepada Yamaha.
Artikel 21

Kebolehasingan

Sekiranya sebarang kandungan Terma dan Syarat ini dianggap tidak sah atau tidak boleh dilaksanakan, secara keseluruhannya atau sebahagiannya, kesahihan dan penguatkuasaan kandungan yang lain dengan itu tidak akan terkesan. Kandungan yang tidak sah atau tidak boleh dilaksanakan akan dianggap diganti dengan kandungan yang sah dan boleh dilaksanakan yang mana akan memberi kepentingan ekonomi terbaik kepada Pengguna dan Yamaha yang pada asalnya merupakan kandungan yang tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan.

Artikel 22

Aturan Undang – undang dan Bidang Kuasa

  1. Terma dan Syarat ini adalah ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang – undang Jepun.
  2. Sebarang pertikaian yang wujud antara Pengguna dan Yamaha berkenaan dengan Terma dan Syarat ini atau penggunaan Aplikasi hendaklah akhirnya diselesaikan dalam timbang tara di Tokyo, Jepun oleh Japan Commercial Arbitration Assosiation menurut undang – undang timbang taranya.
Artikel 23

Laras Bahasa

Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa pengantar dalam Terma dan Syarat ini. Sebarang versi dalam bahasa yang lain adalah bagi tujuan kemudahan sahaja.

Maklumat tambahan bagi pengguna di kawasan/negara berikut

1)Korea Selatan

Location-Based Services Terms and Conditions of Yamaha Motorcycle Connect (LINK)

Terakhir dikemas kini: 26. 8. 2021
Ver 2.0.0